Isnin, 18 Ogos 2014

WILAYAH IMAN

Lima helai daun melambangkan Rukun Islam
Enam bulatan membawa makna rukun iman
Garisan kecil adalah perjalanan kehidupan manusia
Garisan besar adalah cubaan yang mendatang
Belitan  yang bertindan membawa makna
kesabaran harus ada di dalam diri seseorang itu
bagi menentang ujian yang mendatang.



SENDIRI


Selasa, 12 Ogos 2014

KEMBAR


DAUN KEHIDUPAN


BELITAN RINDU 1

Manusia melengkapkan aksesoris kehidupan ini dengan cinta. 
Cintakan Allah cintakan sesiapa sahaja. 
Namun sulit juga untuk menghuraikan makna cinta dan ada ketikanya, cinta itu menjadi sulur yang boleh menggalurkan bukan hanya fizikal kita tetapi ilusi seseorang. Apa pun cinta bermartabat upaya memberikan keriangan kepada sesiapa sahaja, meskipun
bergerigis kehidupan ini.

BERSAIZ: 1 KAKI X 1 KAKI SETENGAH
HARGA: RM 200  
BERMINAT: 019-9798143 (HASHIM LATIFF)

KUNCI MAKRIFAT

6 batang kunci melambangkan rukun iman
kehidupan ini berteraskan rukun tersebut
selain rukun islam 
dan sembahyang lima waktu
garisan kecil membawa makna
tidak mudah mengharungi kehidupan yang bergerigis ini
kesabaran perlu ada di dalam diri
selepas berusaha dan berikhtiar 
garisan besar melambangkan 
bahawa kehidupan ini tetap diuji dengan ujian besar
namun kehidupan ini tetap ada manisnya
6 batang kunci makrifat
menjurus ke arah kehidupan sempurna.

Bersaiz: 2 kaki x 2 1/2 kaki. Kertas/siap frame.
Harga: RM500
Telefon segera: 019-9798143 (Hashim Latiff)